Friday, February 26, 2010

RumahKu SyurgaKu



Mencintai keluarga adalah amanah bagi setiap insan. Setiap makhluk di muka bumi punya keluarga dan salasilahnya yang tersendiri. Keturunan manakah kita? Dari manakah kita? Siapa datuk, nenek, moyang kita? Semuanya perlu diketahui. Namun yang paling penting yang perlu dijaga dan dicinta, siapa lagi kalau bukan ibubapa kita, saudara seibu sebapa (adik-beradik) kita dan keluarga terdekat kita.

Ke mana saja aku merantau, keluarga akan tetap memberi sokongan kepadaku. Terima kasih abah, terima kasih ummi dan terima kasih adik2 ku syg. Dari diriku di dalam kandungan lagi, abah dan ummi menjagaku dan memberi perhatian padaku setiap detik, setiap waktu, setiap ketika. Tibalah saat aku dilahirkan pada 18 julai 1985 jam 11.30 malam abah tidak jemu2 menunggu ummi yang kesakitan melahirkan aku.

Sehinggala kini, aku bersama 6 lagi adik dijaga dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Aku amat bersyukur padaMu Ya Allah. Kau telah mengurniakan kami abah dan ummi yang sangat prihatain, bertanggungjawab dalam menjaga dan memelihara kami hingga dewasa ini.

No comments:

Post a Comment