Friday, May 28, 2010

Keabadian Cinta (Warkah BuatMu)

Cinta,kasih,sayang..Mana yang lebih penting? Mana yang kita inginkan? Ada yang kata sayang, ada yang memilih kasih & ada yang mahukan cinta..Tapi pada diriku, aku mahukan sayang..Kerana dengan sayang, adanya kasih dan bila kasih terbitnya rindu, bila rindu terbitnya cinta..Setiap insan mahu ingin disayangi, dikasihi & dicintai..Begitu juga aku..

Aku teramat bersyukur padaMu Ya Allah, kerana kau telah temukan aku dengan seorang insan yang teramat bermakna pada diriku..Setiap dugaan & cabaran yang aku tempuhi selama ini, dia sentiasa disisiku..Sentiasa memberi perhatian padaku..Sentiasa menasihati diriku dikala aku alpa..Walaupun dengan 1 pertemuan yang tidak terduga & tidak dirancang yang diaturkanNya ini,kini ia teramat bermakna padaku..Ianya adalah kunci kebahagiaan buat diriku..

Sejak dari awal perkenalan lagi, kami diuji dengan dugaan yang teramat besar & perit, namun Alhamdulillah, dengan izinNya, semuanya dapat diselesaikan dengan sebaiknya..”Jika dulu aku keseorangan, kau kesepian, kini aku punya kamu & kamu punya aku, kita adalah 1 sayang”..

Hari demi hari, masa demi masa, cinta kita semakin bersemi..Ku tau siapa dirimu n kamu tau siapa aku..aku mengerti diriku & kau fahami diriku..Aku mahu kau tau..Kau teramat penting buatku..Tidak dapat ku gambarkan dengan kata-kata..

Aku sentiasa mendoakan hubungan kita kekal selamanya & diredhai olehNya Yang Maha Esa..Ku teramat menyayangimu..Sayang Abg Selamanya..

-UntukMu TunangKu Tersayang-
SYAHWANI