Friday, February 26, 2010

RumahKu SyurgaKu



Mencintai keluarga adalah amanah bagi setiap insan. Setiap makhluk di muka bumi punya keluarga dan salasilahnya yang tersendiri. Keturunan manakah kita? Dari manakah kita? Siapa datuk, nenek, moyang kita? Semuanya perlu diketahui. Namun yang paling penting yang perlu dijaga dan dicinta, siapa lagi kalau bukan ibubapa kita, saudara seibu sebapa (adik-beradik) kita dan keluarga terdekat kita.

Ke mana saja aku merantau, keluarga akan tetap memberi sokongan kepadaku. Terima kasih abah, terima kasih ummi dan terima kasih adik2 ku syg. Dari diriku di dalam kandungan lagi, abah dan ummi menjagaku dan memberi perhatian padaku setiap detik, setiap waktu, setiap ketika. Tibalah saat aku dilahirkan pada 18 julai 1985 jam 11.30 malam abah tidak jemu2 menunggu ummi yang kesakitan melahirkan aku.

Sehinggala kini, aku bersama 6 lagi adik dijaga dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Aku amat bersyukur padaMu Ya Allah. Kau telah mengurniakan kami abah dan ummi yang sangat prihatain, bertanggungjawab dalam menjaga dan memelihara kami hingga dewasa ini.

Friday, February 19, 2010

Mencari Rezeki

Pertama kali aku merantau ke kota yang penuh dugaan dan cabaran ini hanya ingin mencari rezeki yang halal. Benar kata orang 'bukan senang nak senang'. Namun, usaha tangga kejayaan. Berusaha mencari kejayaan bukan mengalah sebelum usaha.
Bulan Februari 2010 tibanya aku ke kota ini, ku tinggalkan semuanya di kampung halamanku. Kesian Sammy, Jenny dan anak2nya. Terpaksa ku biarkan keluarga di kampung menjaganya. Hari demi hari yang ku lalui, akhirnya ketemu jua apa yang ku cari. Di tempat baru aku berkenalan dengan ramai rakan2 baru dari pelbagai rupa dan ragam juga dari pelbagai negeri di Malaysia. Kami berjuang untuk tujuan yang sama "mencari rezeki", "membina karier" dan "kepuasan diri". Masih ku ingat kata2 ini 'setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan'. Sukakan apa yang ku kerjakan. Insyaallah, aku boleh lakukannya.

'Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya'. Kata2 ini ku pegang bila bersama rakan2 seperjuangan. Kawan2, mungkin perkenalan kita masih baru. Namun, ku harapkan kalian sudi menbantu diri ini dikala diri tersasar dari tujuan sebenar kita di sini.